Updates from me !

Current updates:
Marhaban Ya Ramadhan . And happy fasting guys :) Btw im going to sit for my SPM TRIAL on ths 8th Aug-25th Aug :) Wish me luck guys :)

Tinggalkan Jejak Disini :)

Name:
Email Address:
Blog URL
Facebook URL

Form provided by Freedback.

Followers


Thursday 4 August 2011

Ibu dan Kita :)




Ketika berusia setahun , ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia 2 tahun , ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa apabila dipanggil.

Menjelang usia kita 3 tahun , ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia 4 tahun , ibu membelikan sekotak pensil warna. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia 5 tahun , ibu membelikan sepasang pakaian baru. Kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia 6 tahun , ibu memimpin tangan kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit : ' Tak Nak! Tak Nak! '

Apabila berusia 7 tahun , ibu belikan sebiji bola , kita ucapkan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkap jiran.

Menjelang usia 8 tahun , ibu belikan aiskrim. Kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia 9 tahun , ibu menghantar ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas.

Berusia 10 tahun , ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemani kita kemana sahaja , kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Apabila berusia 12 tahun , ibu menyuruh membuat kerja sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun , ibu suruh pakai pakaian menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih dengan menyatakan pakaian itu ketinggalan zaman.

Ketika berusia 14 tahun , ibu terpaksa mengikat perut membayar wang asrama , kita ucapkan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk suratpun.

Berusia 15 tahun , ibu pulang dari kerja dan rindu pelukan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Menjelang usia 18 tahun , ibu menangis gembira bila kita diterima masuk IPTA. Kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria dengan kawan-kawan.

Ketika berusia 19 tahun , ibu bersusah payah bayar yuran pengajian , hantar ke kampus dan heret beg ke asrama. Kita ucap selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 tahun , ibu tanya kita ada teman istimewa , kita kata , “ itu bukan urusan ibu. ”

Setelah berusia 21 tahun , ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya , kita kata , “ saya tak mahu jadi seperti ibu. ”

Apabila berusia 22-23 tahun , ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita , kita kata , pilihan ibu tak cantik , tak berkenan di hati kita.

Menjelang usia 24 , ibu bertemu bakal menantu dan bertanya mengenai rancangan masa depan. Kita menjeling dan merungut , “ ibu, tolonglah...! ”

Ketika berusia 25 tahun , ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan kita. Kita ucapkan terima kasih dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun , ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi , kita megah berkata , itu dulu sekarang zaman moden.

Ketika berusia 40 tahun , ibu mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung , kita kata sibuk , tak ada masa nak datang.

Apabila berusia 50 tahun , ibu jatuh sakit dan minta kita menjaganya , kita bercerita tentang kesibukan dan kisah ibu bapa yang menjadi beban.

Dan kemudian , kita mendapat berita kematian ibu. Khabar itu bagai petir. Dalam lelehan air mata , barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

I LOVE YOU AND I LOVE YOUR COMMENTS TOO :D

www.tips-fb.com

4 comments:

  1. hargai tiap jasa ibu... sebelum kita terlambat.. ibu tu just satu je dalam dunia ni... biar beribu ibu lain yang datang.. takkan penah sama dengan ibu kandung kita kan... ^^

    ReplyDelete
  2. btl tu . masa ni mcm2 yg kita tk snang dgn ibu tp nanti bila ibu tkde masa tu bru kita tahu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...